
PENAMPANG: Sabah akan menjadi wilayah pertama di Malaysia menerima sebuah studio khas bagi pendigitalan perniagaan, Studio Tekun TikTok Shops, hasil kolaborasi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional bersama TikTok Malaysia.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Ewon Benedict berkata, studio itu akan dibangunkan di Pejabat Tekun Nasional Cawangan Penampang dan bakal dirasmikan Februari depan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menerusi inisiatif itu, katanya, semua usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Tekun Nasional di Sabah berpeluang menjadikan kemudahan itu sebagai platform memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.
Menurutnya, selepas Studio Tekun TikTok di Sabah sebagai projek perintis yang dilaksanakan kementeriannya itu, kemudahan sama akan dibangunkan di lima negeri lain, termasuk Sarawak.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Platform ini akan membantu bukan saja aspek promosi tetapi juga meningkatkan jualan mereka dengan sokongan trafik yang saya percaya disediakan sepenuhnya dengan kekuatan TikTok Malaysia.
“Jika sebelumnya, usahawan kita hanya guna telefon bimbit sendiri untuk jualan ‘online’ produk mereka, selepas ini studio khas lengkap yang memenuhi keperluan digitalisasi perniagaan, disediakan untuk mereka.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Ini adalah projek perintis dan sekiranya ia memberi manfaat kepada usahawan, kita akan pertimbangkan kemudahan sama di daerah lainnya selepas ini” katanya selepas merasmikan Seminar Asas Keusahawanan Tekun Nasional di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC), di sini, Sabtu.
Sebanyak enam studio khas akan dibina membabitkan empat projek perintis, masing-masing satu di Sabah dan Sarawak serta dua di Semenanjung.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam perkembangan sama, Ewon berkata, selain studio khas, usahawan PMKS juga berpeluang mengembangkan perniagaan mereka di platform MyMall yang telah diwujudkan kementeriannya.
Katanya, pendaftaran dan penjualan produk mereka di MyMall adalah percuma manakala sebarang pembayaran hasil pembelian pelanggan akan ditransaksi terus ke akaun usahawan.
“Dengan platform yang kita sediakan ini, usahawan PMKS mempunyai banyak pilihan untuk mengembangkan perniagaan mereka, sekali gus membantu meningkatkan pendapatan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ewon memaklumkan Tekun Nasional mencatatkan kecemerlangan apabila berjaya menurunkan kadar kutipan pinjaman kepada sembilan peratus tahun ini.
Katanya, rekod itu menunjukkan penurunan sebanyak tiga peratus daripada 12 peratus tahun sebelumnya, hasil komitmen pembayaran balik pinjaman oleh usahawan mengikut masa ditetapkan.
“Justeru, saya yakin peratusan ini akan turun lagi tahun depan, sekaligus dapat membantu lebih ramai usahawan lainnya hasil daripada pusingan modal pembayaran balik daripada usahawan,” katanya.
Terdahulu, seramai 500 usahawan PMKS dari beberapa daerah menyertai seminar selama sehari itu yang bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai tatacara pengurusan akaun perniagaan.
