Studio "The Making Of Harry Potter", Tarikan Harry Potter Pertama Di Asia Bakal Dibuka Di Tokyo!

17 Mar 2023 • 12:36 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Warner Brothers Studio baru sahaja mengumumkan satu tarikan Harry Potter bakal dibuka menjelang 16 Jun 2023 ini. Ini bakal menjadi tarikan 'indoor' Harry Potter terbesar dan pertama di Asia dari Warner Bros Studios.

Tiket mula dijual pada 22 Mac 2023.

Peminat Harry Potter dan juga Fantastic Beast boleh merasai sendiri keterujaan menjadi sebahagian dari dunia magis dan fantasi! Tarikan terbaharu ini dibuka di tapal asal Toshimaen dan bakal membuka peluang buat peminat filem siri ini untuk belajar dan explore bagaimana filem ini dihasilkan.

Terdapat pelbagai set filem sebenar yang ikonik seperti:

Platform 9 ¾

Yang lagi best, anda boleh duduk di dalam Hogwarts Experess dan nikmati pengalaman masuk ke sekolah magik dan melihat sendiri potret yang bergerak sendiri dan juga dewan Hogwarts. Selain itu, anda juga boleh menjadi sebahagian penonton untuk satu perlawanan Quidditch! Bestnya!

image is not available

Diagon Alley

image is not availableForbidden Forest

image is not available

Bukan sahaja set ikonik, anda juga bakal disajikan dengan prop filem sebenar seperti tongkat sakti, Goblet of Fire, dan juga magik posyen yang tersusun di Memory Cabinet

image is not available

Nak tengok makhluk-makhluk pelik yang ada di dalam filem Harry Potter dan Fantastic Beast pun ada! Anda boleh lihat sendiri bagaimana semua makhluk fantasi ini dihasilkan.

image is not available
Goblin

image is not available
Aragog

Tak lengkap sebuah filem magis tanpa efek istimewa. Di sini juga anda boleh mendalami bagaimana scene Harry Potter menyeru penyapunya untuk terapung dihasilkan! Selain itu bagaimana proses bas tiga tingkat yang berwarna ungu yang ditampilkan pada filem Harry Potter and the Prisoner of Azkaban, The Knight Bus berjaya dibuat pun ada.

image is not available

Eh serba serbi tentang bagaiman filem ini dihasilkan semuanya adalah senang cerita! Setiap kostum yang dipakai watak-watak terkenal seperti Dumbledore, uniform pelajar Hogwarts, uniform Beauxbatons (ala sekolah asrama wanita dalam Goblet of Fire tu!)

image is not available

Nak tengok bertapa indahnya sekolah magik Hogwarts secara keseluruhan? Nah!

image is not available

Dah penat berjalan di Studio 'The Making of Harry Potter', anda boleh singgah makan di Chocolate Cafe dan nikmati manisan atau chocaolate katak yang famous tu! Nak rasa macam pelajar Hogwarts, anda boleh makan di dewan makan!

image is not available

Sebelum balik semula ke Malaysia, jangan lupa beli buah tangan dan barangan rasmi Harry Potter yang ekslusif dan hanya tersedia di sini! Ada dua kedai buah tangan iaitu di The Studio Shop dan Railway Shop!

image is not available