Studio Yang Menghasilkan Animasi Dragon Ball dan One Piece Mengintegrasikan AI Dalam Produksi

TechnologyDigital
19 May 2025 • 12:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terdapat dua pendapat besar mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam tugasan harian. Syarikat seperti Meta dan Microsoft melihat sebagai alatan yang perlu bagi meningkatkan produktiviti. Tetapi Studio Ghibli pula melihat AI ialah alat yang mencuri kreativiti sehingga ingin menyaman mereka yang menggunakannya. Toei Animation Company, studio yang menghasilkan siri animasi Dragon Ball, One Piece, Slam Dunk, Digimon, Sailor Moon dan banyak lagi mengambil jalan tengah dengan menggunakan AI bagi membantu proses animasi.

image is not available

Dalam laporan kewangan terkini, Toei Animation mengumumkan pelaburan ke dalam syarikat AI Preferred Networks. Teknologi AI akan digunakan bagi menjana storyboard, menghasilkan imej latar belakang, menghasilkan bingkai pengantara antara dua bingkai yang telah dihasilkan dan menghasilkan spesifikasi warna serta mengubahnya jika berlaku kesilapan.

Langkah diambil Toei Animation ini mirip dengan Studio Agbo milik Russo bersaudara. Ia tidak akan menggantikan juruanimasi manusia tetapi mengambil alih tugasan yang jatuh ke dalam kategori remeh.

Industri animasi Jepun mempunyai reputasi buruk mengerahkan juruanimasi bekerja lebih tanpa bayaran masa tambahan. Kerana kekangan kos, masa dan tenaga kerja, sudah menjadi lumrah sesetengah episod dalam siri akan mengalami pengurangan kualiti yang mendadak. Dalam hal ini penggunaan AI mungkin dalam menyelesaikan isu ini tanpa mengancam masa depan juruanimasi.

View Original Article