
Sedia maklum, masalah gagal untuk mendaftar MyKid anak Cik Pia telah pun diselesaikan setelah campur tangan seorang peguam ternama dan semalam suaminya iaitu Kay Azlee atau dikenali sebagai Boss Kay pula tampil mengeluarkan kenyataan.
Menurut Boss Kay, isterinya itu mempunyai masalah mental dan hal itu menyulitkan rumah tangga mereka. Oleh kerana itu, dia memberi ruang untuk bertenang dengan menjauhkan diri bagi kebaikan semua pihak.
Bagaimanapun, apabila meninjau di media sosial Cik Pia, dia menafikan dakwaan suami bawa dirinya menghidap masalah bipolar serta lain-lain.
Difahamkan, untuk beberapa minggu lelaki terbabit tidak pulang ke rumah dan isteri mana yang tidak senang duduk, lagi-lagi sedang berbadan dua sewaktu itu.
Malah, menurut influencer tersebut emosi makin tidak stabil selepas mengetahui suami mempunyai wanita lain di belakangnya.
Sebelum ini, Cik Pia ada berkongsikan di media sosial bahawa diri berasa sedih Boss Kay tidak hadir untuk mengazankan anak yang baru lahir, selain membiarkan dirinya hidup terkontang-kanting tanpa memberi sebarang nafkah.
Enggan Azan & Daftar Nama Anak, Boss Kay Dakwa Isteri Ada Gangguan Mental - "Dia Tak Boleh Terima Dia Ada Masalah Ni"
The post “Suami Ada Skandal Waktu Hamil” – Cik Pia Nafi Hidap Bipolar, Dakwa Boss Kay Selalu Aibkan Dan Memfitnah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

![[VIDEO] Suami Cik Pia Jawab Tuduhan Tak Azankan Anak & Isu Daftar Anak, Dakwa Isteri Tak Sihat](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)