Suami ‘Archive’ Gambar Di IG, Zehra Zambri Nafi Rumah Tangga Bermasalah – “Dia Tak Suka Jika Ada Yang Tanya Tentang Dunia Artis”

EntertainmentMusic
10 Feb 2025 • 11:29 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi, Zehra Zambri menafikan dakwaan yang mengatakan rumah tangganya sedang menghadapi masalah.

Menurut OhBulan!, Zehra berkata, hubungannya bersama suami masih dalam keadaan baik walaupun ada masanya perkahwinan mereka diuji.

Dia juga tidak menolak kemungkinan dakwaan itu timbul susulan impak penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11.

image is not available

Biasalah dalam rumah tangga ada naik turunnya, ada ujianya. Alhamdulillah, hubungan saya dengan suami baik-baik sahaja.

 

Mungkin dakwaan itu timbul sejak saya sertai GV, orang mula mahu tahu kisah hidup peribadi saya. Suami jarang munculkan diri kerana dia bukan orang seni.

 

Malah, dia pernah beritahu, kalau boleh tidak mahu ada yang kenal siapa dia. Saya sertai GV pun atas restunya.

Dalam pada itu, penyanyi itu menjelaskan suaminya telah menyimpan gambarnya di bahagian arkib atau ‘archive’ atas faktor tidak selesa dengan dunia seni.

image is not available

Gambar saya di IG dia, bukan dibuang, tapi di ‘archive’. Dia tak suka jika ada yang bertanya tentang dunia artis.

 

Tapi dia tahu yang dirinya berkahwin dengan seorang penyanyi. Cuma mungkin belum biasakan diri lagi dengan suasana industri seni.

Sekadar info tambahan, Zehra mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 3 weeks ago

"Saya Masih Suami Orang Cuma Kami Tak Lagi Sebumbung" - Enggan Ulas Konflik Rumah Tangga, Hafiz Suip Harap Dapat Berpisah Cara Baik