Suami Bebas Tuduhan Dera Anak, Zahnita Pula Dakwa Pernah Dicek*k – “Saya Terima 5 Hingga 6 Pukulan Sebelum Dia..”

LocalEntertainment
3 Mar 2025 • 2:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, suami kepada model dan pelakon terkenal Zahnita Wilson iaitu Abdul Zackery Ghouse Abd Ghani memaklumkan dirinya kini bebas daripada dakwaan mendera empat orang anaknya.

Zackery berkata, dia bebas daripada pertuduhan itu sekali gus memberinya peluang untuk bertemu dengan empat anaknya setiap minggu selain hak bermalam.

image is not available

Alhamdulillah, seharian bersama anak-anak selepas dua bulan hanya bertemu dua kali sebulan iaitu selama dua jam sahaja.

 

Pihak mahkamah menggugurkan tuduhan saya mendera anak-anak dan kini dapat berjumpa mereka setiap hari Sabtu serta hak bermalam bersama dua kali sebulan.

Perkara ini telah dikongsikan menerusi akaun Instagram Zackery sambil memaparkan foto bersama anak-anaknya dan momen percutian mereka.

Pernah dipukul dan dicekik

image is not available

Sementara itu, Zahnita Dorothy Hussein Wilson pula memuat naik satu hantaran di Instagram Storynya mendedahkan dia pernah dipukul oleh suaminya dengan memuat naik foto lebam pada bahagian mata.

Saya menerima sebanyak lima hingga enam pukulan pada bahagian kepada dan lengan sebelum dia mencekik saya.

 

Semasa saya bergelut untuk membebaskan firi, saya beritahu saya tidak akan pergi ke polis dan kemudian melepaskan saya.

 

Zahnita turut mendakwa keganasan tersebut berlaku kerana hasutan daripada pihak lain.

Saya dipukul kerana hasutan wanita lain.

 

Saya berkata benar dan tidak lain hanyalah demi kebenaran. Tuhan, tolonglah saya.

image is not available

Walau bagaimanapun, dia tidak menyatakan perkongsian itu adalah berkaitan dengan keputusan mahkamah yang menggugurkan dakwaan terhadap suaminya atau tidak.

image is not available

image is not available