'Suami berubah bila ada wanita lain'

16 Jan 2023 • 7:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Salmiah mengakui berpisah dengan bekas suami akibat kehadiran ‘orang ketiga’.

SHAH ALAM - Meskipun sudah melayari rumah tangga selama 36 tahun, namun kehadiran ‘orang ketiga’ menjadi punca penceraian kepada pasangan ini.

Perkara ini berlaku kepada Salmiah (bukan nama sebenar), 60, apabila impian kebahagiaan berkekalan bersama bekas suaminya, Roslan (bukan nama sebenar), 65, akhirnya musnah dua tahun lalu gara-gara kemunculan wanita lain.

Salmiah berkata, kehadiran wanita yang juga bekas rakan sekolah kepada bekas suami ‘meragut’ kepercayaannya sebaik hubungan mereka diketahui menerusi aplikasi WhatsApp.

“Sepanjang kehidupan saya bersama bekas suami, dia (Roslan) tidak pernah khianati saya, tetapi sejak anak sudah membesar, perangainya berubah secara drastik.

“Saya kecewa apabila mengetahui bekas suami menjalin cinta dengan wanita itu selepas saya membaca perbualan WhatsApp mereka berdua,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurut Salmiah, meskipun berpura-pura tidak mengetahui perhubungan bekas suami dan wanita berstatus janda itu, namun dia masih bersabar dan lebih banyak mendiamkan diri.

Bagaimanapun, katanya, kesabarannya selama tempoh itu tergugat apabila bekas suami mula berubah sikap dan panas baran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved