Suami Cari Rezeki Lewat Malam, Isteri Kantoi Curang Dengan Lelaki Lain Dalam Bilik Tidur

Entertainment
27 Jun 2024 • 2:19 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang wanita dilaporkan ditangkap basah oleh suaminya apabila didapati curang dengan seorang lelaki lain di dalam bilik tidur mereka sendiri ketika pasangan halalnya itu sibuk mencari rezeki sehingga lewat malam.

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik akaun @Ozawaaaaa telah memuat naik sebuah video memaparkan kekecewaannya setelah mendapat tahu tentang kecurangan isterinya.

Dalam video tersebut, wanita yang kelihatan kusut dan memakai baju hitam sedang menangis dihadapan suaminya seolah-olah telah menyesal dengan perbuatan tersebut.

Dapat dilihat pada malam tersebut, terdapat beberapa individu turut berada di rumah pasangan berkenaan termasuk lelaki yang mempunyai hubungan sulit bersama si isteri.

image is not available

Video yang dirakam oleh si suami itu memperlihatkan mereka seolah-olah sedang melakukan perbincangan selepas berlakunya kejadian tangkap basah antara isterinya dengan lelaki lain.

Suami yang dikenali sebagai Mario turut berkongsi tangkap layar yang menunjukkan permohonan maaf isterinya namun, dia dilihat memberi gambaran untuk mengakhiri hubungan sekali gus bakal berpindah ke tempat lain.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati terhadap nasib menimpa lelaki terbabit selain mempersoalkan tindakan wanita itu kerana sanggup curang dengan suaminya.

Apa lagi yang kurang? Mario kuat!

image is not available

Kenapa curang dengan orang yang lagi ‘downgrade’ ?

image is not available

Kacak dan tulus macam ni pun kena curang juga…

image is not available

Sehingga kini, video yang tular ini telah meraih lebih enam juta tontonan dan sekitar 300,000 tanda suka sejak ia dimuat naik di TikTok.

Sumber: TikTok @Ozawaaaaa