Suami dakwa duit Akiko RM70,000 ‘lesap’, polis dedah tak terima sebarang laporan

LocalPolitics
27 Mar 2025 • 5:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
tak terima sebarang laporan

Polis mengesahkan tak terima sebarang laporan berhubung dakwaan kehilangan wang berjumlah RM70,000 milik arwah Akiko Okumura seperti yang didakwa suaminya, usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura.

Polis tak terima sebarang laporan berkenaan dakwaan tersebut

Memetik laporan dari Kosmo! Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat memaklumkan sehingga kini mereka tak terima sebarang laporan dibuat oleh Ridzuan mengenai perkara itu.

“Setakat ini pihak polis tidak ada terima apa-apa laporan daripada individu tersebut,” katanya.

image is not available

Suami jelaskan duit hilang adalah lebihan sewaktu balik bercuti

Hal ini susulan kenyataan yang dibuat oleh Ridzuan dalam siaran langsung di TikTok baru-baru ini apabila mendakwa wang yang disimpan di dalam sampul dan diletakkan di dalam beg tangan arwah isterinya telah hilang secara misteri.

“Duit yang hilang bukanlah sedikit, saya anggarkan dalam RM60,000 sehingga RM70,000. Duit itu adalah lebihan setelah balik bercuti dari Jepun Februari lalu.

“Masa itu saya dalam keadaan kehilangan jadi baru nak periksa semula apa yang patut, dua tiga hari lepas barulah saya perasan,” ujarnya.

image is not available

Tergamak ada yang ambil

Dia meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak yang tergamak mengambil duit tersebut memandangkan mereka sekeluarga masih lagi dalam fasa bersedih diatas pemergian isteri tersayang.

“Sampai hati, duit orang meninggal pun nak ambil, bukan orang luar, orang sekeliling juga sebab yang datang ketika itu pun kawan-kawan terdekat, polis, forensik dan sebagainya,” luahnya.

image is not available

Sekadar info, Ridzuan sebelum ini kehilangan isterinya, Akiko, yang meninggal dunia bulan lalu selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya.

Sumber: Kosmo! (Nur Huda Musa)