Suami Dalam Penjara, Anak Lelaki Pula Jadi Mangsa ‘Amang Seksual’ Ibu Kandung

5 May 2023 • 1:22 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tergamak cabul anak kandung demi kepuasan sendiri

Suami Dalam Penjara, Anak Lelaki Pula Jadi Mangsa ‘Amang Seksual’ Ibu Kandung. Seorang wanita direman lima hari bermula semalam hingga Ahad ini bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata suspek berusia 33 tahun itu direman bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 14 dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

image is not available
Suami Dalam Penjara, Anak Lelaki Pula Jadi Mangsa ‘Amang Seksual’ Ibu Kandung. Kredit: Google

Ditahan di kediaman mereka di Selangor

Beliau berkata, wanita itu ditahan di kediamannya di Puncak Alam, Shah Alam, Selangor pada Selasa lalu selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendapat maklumat mengenai perbuatan itu menerusi sebuah video yang diperoleh daripada individu tidak dikenali.

image is not available

“Siasatan mendapati mangsa adalah anak ketiga daripada lima beradik. Kejadian itu dipercayai berlaku di dalam bilik di rumah suspek pada November tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Bernama TV hari ini.

Sanggup rakam video cabul anak

“Sejurus laporan dibuat, pasukan polis menahan wanita itu dan merampas telefon bimbit yang disyaki digunakan untuk merakam video berkenaan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suami wanita terbabit sedang menjalani hukuman penjara, manakala wanita itu negatif terhadap dadah.

image is not available

Ramli berkata, semua anak suspek berusia sembilan hingga 17 tahun kini berada di bawah jagaan JKM.

Baca lagi artikel menarik: