Suami Didakwa Gelapkan Wang Bekas Isteri, Netizen Pernah Nasihat BCL Jangan Kahwin

5 Jun 2024 • 12:45 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Netizen mula berkampung di Instagram penyanyi Bunga Citra Lestari susulan tular kes suami, Tiko Aryawardhana yang didakwa gelapkan wang bekas isteri.

Baru-baru ini, bekas isteri Tiko iaitu Arina Winarto telah memfailkan satu laporan polis ke atas lelaki itu atas tuduhan menyelang wang syarikat sebanyak Rp 6.9 juta (RM1.7 juta).

Suami didakwa gelapkan wang bekas isteri

image is not available

Disebabkan dakwaan itu, netizen mula berkampung di Instagram milik penyanyi itu dan meninggalkan pelbagai komen berkenaan kes tersebut.

Menerusi ruangan komen di hantaran terbaru Bunga Citra Lestari, ramai netizen yang berkata sebelum ini mereka sememangnya tidak merestui perkahwinan penyanyi itu dengan Tiko.

Kan dah cakap, jangan kahwin tapi degil

image is not available

image is not available

Kalau kahwin dengan duda, kena cek betul2

image is not available

Lain kali kahwin kena memilih

image is not available

Tidak cukup dengan itu, terdapat juga warga maya yang mengecam suami Bunga Citra Lestari kerana ternyata lelaki itu telah melakukan penipuan.

Janda cantik, tapi dapat suami penipu

image is not available

image is not available

Terbuka dah keburukan suami dia

image is not available

Ternyata suami belum selesai dengan masa lalu

image is not available

Mungkin BCL cari suami kaya, tapi kaya sebab duit seleweng

image is not available

Sekadar info, Polis Daerah Metro Jakarta Selatan sedang menyiasat dakwaan kes penggelapan wang yang dilakukan oleh suami penyanyi itu.

Ketua Siasatan Jenayah Polis Daerah Metro Jakarta, AKBP Bintoro mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berkaitan dakwaan penipuan itu dan kes tersebut kini dalam siasatan.

image is not available

Sementara itu, Penasihat Undang-Undang bernama Leo menjelaskan kes tersebut berlaku ketika Arina dan Tiko menubuhkan syarikat sekitar tahun 2015 hingga 2021.

“Laporan polis telah difailkan pada tahun 2022 dan statusnya baru sahaja dinaikkan ke tahap penyiasatan pada Februari 2024,” kata Leo.

Sumber: Instagram Bunga Citra Lestari, suara.com