Suami Ejen Kosmetik Kena Culik Ditahan Polis, Dipercayai Ahli Penyeludupan Dadah

15 Sep 2022 • 4:57 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sejak beberapa hari lalu kecoh berita penculikan melibatkan seorang wanita yang juga merupakan ejen kosmetik. Wanita itu telah dilarikan sekumpulan lelaki menaiki kereta dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Tumpat.

Pemanku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun mengesahkan kejadian itu dan apa yang lebih mengejutkan adalah apabila kes ini berkait dengan perselisihan di antara ahli sindiket dadah.

Mangsa tahu suaminya terlibat sindiket dadah

Suami mangsa, Mohd Naim dipercayai terlibat dengan aktiviti penyeludupan dadah dan ditahan ketika ini bersama-sama seorang wanita.

Kita sudah memohon bantuan daripada pihak berkuasa Thailand bagi menyelamatkan mangsa berusia 36 tahun dan usaha ke arah itu giat dilakukan.

Polis juga percaya mangsa mengetahui aktiviti yang dilakukan suaminya selain mengenali suspek yang melarikannya kelmarin.

Mangsa sebelum ini dilaporkan telah dilarikan dengan kereta jenis Toyota Vios dan saksi ada melihat sekumpulan lelaki dan seorang wanita menaiki bot menuju ke negara jiran. Kereta Vios juga dijumpai di sebuah pangkalan haram di sempadan negara.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved