
Umum mengetahui, penggunaan bot sembang AI (Artificial Intelligence), ChatGPT semakin popular di kalangan masyarakat. Ia bukan sahaja membantu golongan dewasa malah, ia juga digunakan oleh para pelajar bagi mendapatkan idea untuk tugasan mereka.
Namun siapa sangka kecanggihan ChatGPT juga mampu menyelesaikan masalah golongan suri rumah yang buntu untuk masak juadah apa untuk ahli keluarga.
Seperti sebelum ini, seorang wanita dikenali sebagai Diyana menggunakan teknologi tersebut bagi menyediakan lauk masakan.
Perkara yang dilakukan adalah dengan menyenaraikan bahan-bahan yang ada dalam peti sejuk pada ketika itu dan bertanya kepada ChatGPT tentang menu yang boleh disediakan olehnya.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Minta ‘Bantuan’ ChatGPT Kerana Buntu Nak Masak Apa Jadi Perhatian [Video]
Suami Guna ChatGPT Untuk Sediakan Menu Ramadan
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Thread (@amaliailias_) apabila seorang wanita dikenali sebagai Amalia berkongsi telatah si suami yang gigih melakukan persiapan Ramadan yang akan tiba beberapa hari lagi.
Kebiasaannya, sesetengah daripada kita ada masalah untuk memikirkan idea menu masakan. Mana tidaknya, golongan isteri khususnya pasti mahu menyediakan juadah-juadah yang istimewa bagi meningkatkan selera insan tersayang selepas seharian berpuasa.
Namun ia sudah tidak menjadi masalah buat Amalia apabila menu berbuka puasa telah pun tersedia dengan bantuan si suami. Bukan menu bagi satu atau dua hari, tetapi untuk tempoh sebulan Ramadan!
Menurut wanita itu, suaminya telah menggunakan bantuan aplikasi ChatGPT untuk mendapatkan idea masakan.
“Saya cuak senarai buka puasa oleh cik suami dah keluar. Siap terperinci berapa banyak pes kena buat. Betul nak mudahkan kerja isteri dah supaya saya tak gantung kuali (tak masak) bulan puasa,” kata Amalia.
Jika anda lihat senarai menu itu, ada juga hari di mana Amalia tidak perlu memasak kerana berbuka puasa bersama keluarga besar yang lain.

Senarai Pes Untuk Setiap Masakan Pun Disediakan Si Suami
Untuk memudahkan lagi si isteri untuk memasak, suami Amalia juga membuat senarai jenis pes yang diperlukan untuk setiap lauk.
Bukan itu sahaja, bahan yang diperlukan bagi menyediakan pes dan kuantiti yang harus digunakan pun ada. Dengan cara ini, Amalia tidak perlu bersusah lagi untuk melayari atas talian bagi mendapatkan resepi penuh sesuatu masakan.
“Sila simpan ya, saya halal kan. Boleh jadi sama menu kita hari-hari. Yang penting pastikan setiap Sabtu gantung kuali,” seloroh Amalia.
Ramai Teruja Lihat Senarai Menu Ramadan Versi ChatGPT Milik Amalia
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai kagum dengan kesungguhan si suami bagi memudahkan Amalia dalam memikirkan menu sepanjang berbuka puasa.
“Best juga kalau suami jenis buat permintaan macam ni. Boleh cari barang sama-sama, teruja nak masak. Berbanding yang semua isteri kena fikir. Kadang-kadang memang beli je la. Aku pun tak terfikir nak makan apa untuk diri sendiri,” ujar seorang warganet.
Malah ramai juga berminat dengan senarai itu dan meminta izin daripada Amalia untuk menggunakannya bagi Ramadan akan datang.
“Terima kasih kongsi bagi idea menu. Senang kerja kita,” kata seorang wanita.
Sementara itu, ramai juga golongan suri rumah bersetuju bahawa memikirkan menu masakan mengambil masa agak lama.
“Okay juga macam ni ya. Kita tinggal masak je ikut manual. Tak payah fikir menu apa. Fikir je pun dah penat tau untuk mak-mak,” ujar seorang pengguna Thread.
















11 Menu Juadah Berbuka Puasa Dari Seluruh Negara Yang Anda Boleh Cuba
Antara juadah ‘wajib’ setiap kali berbuka puasa adalah nasi berlauk. Kalau tidak setiap hari pasti dalam tempoh seminggu anda akan menikmati juadah berkenaan.
Mungkin sesetengah daripada anda mahukan sedikit kelainan untuk juadah berbuka puasa pada tahun ini. Di sini kami kongsikan 11 jenis menu dari seluruh negara yang anda patut cuba. Antaranya:

- Negara Timur Tengah: Shorbat Adas (sup lentil)
- Negara Maghribi: Harira (sup berempah)
- Negara India dan Pakistan: Shami Kebab (patty campuran daging)
- Negara UAE: Harees (rebusan gandum)
- Negara Arab Saudi: Thareed (juadah daging bersama sayur-sayuran)
- Asia Tenggara: Samosa (kuih berisi kentang, daging atau ayam)
- Negara Jordan: Mansaf (nasi aromatik bersama daging)
- Turki: Ramazan Pidesi (roti lembut disaluti zaitun dan hirisan daging)
- Negara Nigeria: Moi Moi (puding kacang)
- Timur Tengah: Kunafa (pencuci mulut)
- Negara Indonesia: Kolak Pisang (ala-ala pengat pisang)
Baca Artikel Berkaitan: Resepi Sambal Tumis Cili Api, Boleh Terus Makan Untuk Berbuka Puasa & Sahur
Baca Artikel Berkaitan: 11 Jenis Menu Juadah Berbuka Puasa Dari Seluruh Dunia. Ke-10 Paling Ramai Tahu!
Baca Artikel Berkaitan: Ini Antara Lokasi Menarik Untuk Berbuka Puasa Jika Anda Berada Di Terminal Bas Pada Ramadan Nanti
Baca Artikel Berkaitan: Resepi Overnight Oats Yang Mudah Untuk Diamalkan Ketika Sahur. Boleh Kenyang Lama!
Source:
