Suami Hentak Kepala Isteri Dengan Batu Sampai M*ti, Sebab Minta Bayar Hutang RM13

6 Aug 2024 • 1:01 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini tular seorang wanita telah dibunuh oleh suaminya hanya kerana meminta semula wang yang dipinjam.

Menerusi laporan Bicara Indonesia, kejadian ini telah berlaku di Acheh, Indonesia.

Pada mulanya, suspek telah mengambil wang sebanyak Rp50.000 (RM13) dari almari mangsa untuk membeli rokok dan mengisi minyak sebelum pergi bekerja di kebun.

Sekitar waktu zohor suspek telah pulang ke rumah bagi menunaikan solat sebelum bergerak semula ke kebun.

Tidak lama selepas itu, mangsa baru menyedari bahawa duitnya telah hilang dan dia terus pergi ke kebun untuk bertanya kepada suspek.

image is not available

Suspek mengaku bahawa dia telah mengambil wang tersebut dan berjanji akan membayar balik pada keesokan harinya.

Selepas mendengar pengakuan tersebut, pertengkaran mula berlaku. Mangsa seterusnya bertindak untuk memukul dan menggigit suspek.

Marah dengan tindakan isterinya itu, suspek telah mengambil pisau yang terselit di pokok dan menikam mangsa.

Tidak terhenti disitu, suspek kemudian mengambil batu dan memukul mangsa di bahagian kepala sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

Setelah suspek menyedari bahawa isterinya sudah tidak bernyawa dia terus melaporkan kejadian itu dan telah menyerah diri di balai polis.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Bicara Indonesia