Suami Influencer Cantik Ini Kantoi Cabul Pelajar Sekolah, Padahal Baru Jer Kahwin 9 Bulan Lepas

LocalEntertainment
11 Nov 2024 • 12:46 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Suami influencer cabul pelajar sekolah

Suami kepada influencer Nadya Aulia Zulfa, iaitu Fadlurahman Zikri didakwa mencabul seorang pelajar perempuan. Biar betul?

Menurut laporan Medan Tribunnews, perkara itu terbongkar apabila kakak kepada mangsa jumpa perbualan yang mencurigakan dalam aplikasi WhatsApp di telefon adiknya.

Pengadu juga mengatakan yang perkara itu telah beberapa kali berlaku dan kejadian terakhir pada 29 September lepas.

Seorang guru Bahasa Arab

image is not available

Suspek yang merupakan seorang guru bahasa Arab di sebuah sekolah dasar (rendah) di Indonesia dipercayai melakukan perbuatan tersebut di dalam keretanya. 

Susulan laporan yang dibuat, mangsa turut menceritakan kejadian sebenar ketika sesi soal siasat bersama pihak berkuasa. Kes ini masih dalam siasatan lanjut untuk mendapatkan gambaran sebenar kejadian.

Baru saja berkahwin

image is not available

Untuk info, Fadlurahman Zikri baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama Nadya Aulia Zulfa pada Februari lepas.

#OhmediaNasihat

Kepercayaan adalah asas penting dalam perhubungan, baik di sekolah, keluarga, mahupun dalam masyarakat. Perbuatan yang melanggar amanah bukan sahaja mencemarkan nama baik, tetapi turut meninggalkan kesan buruk kepada mangsa. 

Marilah kita bersama-sama mendidik diri dan masyarakat untuk lebih peka terhadap keselamatan dan kesejahteraan insan di sekeliling kita.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Medan Tribunnews


View Original Article