Suami isteri baru lima bulan berkahwin, ditahan jadi ‘transporter’

20 Oct 2026 • 1:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Suami isteri baru lima bulan berkahwin, ditahan jadi ‘transporter’

KUANTAN – Sepasang suami isteri yang baru lima bulan berumahtangga terpaksa ‘berbulan madu’ di dalam lokap selepas mereka ditahan kerana dipercayai menjadi ‘transporter’ dadah.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kedua-dua suspek yang berusia antara 40 hingga 46 tahun ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang yang membuat serbuan ke sebuah rumah di sini pada 12 Oktober lalu.

“Dalam serbuan kira-kira pukul 11.30 malam itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah seberat 6.315 kilogram yang dianggarkan bernilai RM291,250.

“Antara dadah yang dirampas termasuk 2,170 gram cecair ganja, 1,905 gram heroin, 725 gram pil yaba dan 1,515 gram pil erimin-5,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Tambahnya, polis turut menyita lima jenis kenderaan dan merampas sejumlah barang kemas yang dianggarkan bernilai RM103,789 untuk siasatan lanjut di bawah Akta Dadah (Perlucuthakan Harta) 1988.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta dalam kes berkenaan dianggarkan berjumlah RM395,039.

Menurut Azry Akmar, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya, permohonan reman lanjutan terhadap kedua-dua suspek dibenarkan selama enam hari bermula 20 hingga 25 Oktober ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Dalam pada itu katanya, siasatan awal mendapati modus operandi sindiket berkenaan adalah menerima arahan sebelum menghantar bekalan dadah ke lokasi yang ditetapkan.

“Kedua-dua suspek mengaku menerima bayaran antara RM1,200 hingga RM1,400 seminggu dan kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Suami isteri baru lima bulan berkahwin, ditahan jadi ‘transporter’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved