
Kota Kinabalu: Sepasang suami isteri didenda RM20,000 kerana membenarkan pendatang tanpa izin (PTI) berada di premis di bawah kawalannya.
Normah Masumun, 40, dan suaminya Nabi Gulzar, 32, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain, atas pertuduhan terhadap mereka.
Bagi pertuduhan pertama, Normah didenda RM10,000 kerana membenarkan dua warga Pakistan, yang tidak mempunyai sebarang dokumen sah pada 2.37 petang pada 26 Mac tahun ini di Restoran Khan di Kg Taun Gusi, Kota Belud.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara enam bulan bagi setiap PTI terbabit.
SPONSORED CONTENT Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes. Read more Bagi pertuduhan kedua, Normah dan Nabi didenda RM5,000 atau penjara enam bulan setiap seorang kerana membenarkan seorang warga Pakistan berada di dalam premis itu pada 2.39 petang pada 26 Mac tahun ini di Khan Trading juga di Kg Taun Gusi, Kota Belud.
Pertuduhan menyatakan bahawa kedua-dua mereka adalah orang yang mengawal premis itu.
Kesalahan itu mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM5,000 dan RM30,000, atau kedua-duanya, bagi setiap PTI terbabit.
Pegawai Pendakwa Raya Sopian Karate dari Jabatan Imigresen hadir untuk pendakwaan manakala pasangan itu tidak diwakili.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.




