Suami Isteri Dibunuh? Mayat Ditemui Anak Dalam Keadaan Tragis

LocalPolitics
14 Jan 2026 • 2:24 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sepasang suami isteri ditemui meninggal dunia dalam keadaan tragis oleh anak mereka sendiri di sebuah rumah di kawasan taman perumahan di Sri Aman, Kuching pagi tadi.

Suami isteri dibunuh?

Menurut laporan Sinar Harian, mayat mereka ditemui di bilik tidur oleh anak mereka ketika sedang bersiap untuk ke sekolah.

image is not available

Foto: Media sosial

Berdasarkan maklumat tular, mangsa berkhidmat sebagai guru manakala isterinya seorang jururawat.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam mengesahkan penemuan mayat tersebut selepas dihubungi pihak media.

Artikel lain: Mayat Dalam Beg: Mangsa Disyaki Meninggal Di Ampang Sebelum Dibuang Di Rembau

image is not available

Foto: Media sosial

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, memaklumkan pihak polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan pasangan itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kecederaan serius pada tubuh mereka sekitar jam 6.55 pagi.

“Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman bersama pegawai perubatan dari Hospital Sri Aman segera dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Pemeriksaan awal mengesahkan bahawa kedua-dua mangsa, iaitu seorang lelaki berumur 45 tahun dan isterinya berumur 44 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian,” menurut kenyataan itu.
image is not available

Foto: Media sosial

Mohamad Zainal berkata, kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala motif dan punca kejadian masih dalam siasatan selain  pihak polis sedang giat mengumpul bukti serta mendapatkan keterangan saksi.

Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin)

The post Suami Isteri Dibunuh? Mayat Ditemui Anak Dalam Keadaan Tragis appeared first on Borak Daily.