Suami isteri dicari polis selepas kereta dipandu terjatuh sungai

LocalCars
9 Jul 2025 • 8:13 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Suami isteri yang melarikan diri selepas kenderaan dipandu seorang daripada mereka terjatuh ke Sungai Langat di Hulu Langat semalam dicari polis.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 9.30 pagi daripada orang awam, terdapat kereta terjatuh ke dalam sungai itu di Jalan Kuari Sungai Long.

Menurut Naazron, saksi awam yang tinggal berhampiran lokasi kejadian memaklumkan mereka terdengar bunyi bising di kawasan sungai pada 9 pagi dan melihat seorang lelaki dan seorang wanita keluar dari kenderaan sebelum melarikan diri.

“Pemeriksaan lanjut polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan tiada individu berada dalam kenderaan tersebut ketika dinaikkan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata polis berjaya mengesan pemilik kenderaan berkenaan yang memaklumkan kereta itu disewakan kepada seorang lelaki yang kemudian dipinjam suami isteri itu sebelum kejadian berlaku.

“Orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Polis Balai Batu 14 Hulu Langat di talian 019-2642499,” katanya.

– BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved