Suami Isteri Dikhuatiri Lemas Kereta Terjunam Dalam Sungai Rompin

LocalCars
2 Dec 2025 • 11:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Suami Isteri Dikhuatiri Lemas Kereta Terjunam Dalam Sungai Rompin

KUANTAN, 2 Dis (Bernama) — Sepasang suami isteri dikhuatiri lemas selepas kenderaan dinaiki mereka dilaporkan terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Rompin dekat Kampung Rantau Panjang, Kuala Rompin hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata pihaknya menerima maklumat awal berhubung kejadian berkenaan pada 5.40 petang tadi.

“Siasatan awal sedang dilaksanakan dan pihak bomba telah mula membuat pencarian di lokasi kejadian dalam keadaan arus sungai yang deras,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.55 petang dan 10 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved