Suami Isteri Direman Kes Bunuh Warga Emas

2 Jun 2023 • 12:49 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sepasang suami isteri direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas - Gambar Hiasan

KANGAR - Sepasang suami isteri direman selama tujuh hari (2 hingga 8 Jun) bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas di Taman Cempaka Putih, Tambun Tulang semalam.

Kedua-dua suspek berusia 34 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, kira-kira 10.25 pagi tadi dan perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Semalam, Bernama melaporkan seorang anak perempuan dipercayai membunuh ibunya berusia 74 tahun di rumah mereka pada 4.30 pagi.

Mangsa Rashidah Chong mengalami kesan lebam pada kedua-dua belah mata, dahi, telinga kanan,  kepala, lidah serta patah tulang rusuk. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved