Suami isteri direman tujuh hari bantu kes kanak-kanak mati dipercayai didera

26 Jan 2024 • 9:02 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun yang dipercayai menjadi mangsa dera.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, permohonan reman pasangan berumur kira-kira 20-an itu dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

“Pasangan itu ditahan semalam di kediaman mereka di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati terdapat unsur penderaan terhadap kanak-kanak terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Akta Kanak-kanak 2001.

Media hari ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun maut selepas dibawa ke Hospital Shah Alam dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai didera.

Kanak-kanak malang itu dikatakan dihantar ke rumah suspek setiap kali ibu bapanya keluar bekerja. - 26 Januari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved