
KENINGAU: Sepasang suami isteri dengan rekod jenayah dan meniaga burger ditahan kerana disyaki mendera dua kanak-kanak berumur 5 tahun dan 13 tahun.
Ketua Polis Daerah Keningau Supt Yampil Anak Garai berkata, kes ini terbongkar apabila seorang lelaki (pengadu) yang sedang bermain snuker di salah sebuah kedai snuker di pekan Keningau, didatangi seorang kanak-kanak penjual burger pada 2 April.
Lelaki itu terkejut melihat kesan luka pada badan kanak-kanak berumur 13 tahun itu. Pengadu mengesyaki kanak-kanak itu didera dan membuat laporan, yang membawa kepada penahanan pasangan tersebut yang masing-masing dari Kg Lingkudau dan Kg Kauran, yang menyewa di atas kedai di pekan. Mereka masing-masing berumur 36 dan 27 tahun.
“Mangsa pertama dan kedua masing-masing beralamat di Kg Rompon, Tambunan dan Kg Kauran, Keningau.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Mangsa pertama merupakan anak tiri daripada perkahwinan pertama suspek wanita yang dijaga oleh suaminya sekarang selepas bapa kandungnya dipenjara atas kesalahan dadah.
Beliau menjelaskan, mangsa pertama ditekap dengan seterika oleh suspek lelaki (suami) sebanyak empat kali pada bahagian belakang badan kerana menipu telah menghabiskan jualan burger.
Kejadian kedua, suspek lelaki memukul mangsa pertama dengan menggunakan kayu pada belakang badan mangsa dan isteri pula sekali lagi telah menekap seterika ke bahagian belakang badan mangsa sebanyak empat kali kerana lewat balik rumah. Mangsa kedua
Kejadian ketiga, suspek wanita telah memukul mangsa pertama menggunakan batang besi sebanyak empat kali pada bahagian belakang badan.
Bagi mangsa kedua (kanak-kanak 5 tahun), suspek wanita menyiram air panas di atas lantai dan memaksa mangsa berdiri atas air panas itu sehingga menyebabkan kedua-dua kaki mangsa melecur. Suspek lelaki pula memukul bahagian belakang badan mangsa dengan menggunakan batang besi kerana kanak-kanak itu telah mencampak kunci bilik sewa kepada lelaki itu.
Kejadian kedua bagi mangsa kedua, kanak-kanak itu ditekap dengan seterika oleh suspek wanita pada bahagian kiri dan kanan tangan serta belakang badan akibat lambat membuka lampin pakai buang ketika bangun tidur.
Kejadian ketiga bagi mangsa kedua, mangsa disuruh membersihkan sisa masakan burger dan oleh sebab mangsa melengah-lengahkan kerja, suspek wanita telah meletakkan sudu panas pada bahagian belakang badannya. Suspek lelaki pula bertindak menendang kedua-dua kaki mangsa menyebabkannya terhempas di lantai dan terhantuk pada lantai.
Yampil memberitahu, jiran-jiran yang ditemu bual awal juga ada menyimpan rasa curiga terhadap kedua-dua mangsa yang pernah dilihat tidur di bawah bangunan, tetapi tidak perasan tentang bunyi raungan kesakitan atau tangisan mangsa mahupun melihat sebarang kesan luka pada mereka,” katanya.
Semua kejadian itu dipercayai berlaku antara 24 sehingga 30 Mac di bilik sewa mereka berdasarkan kesan melecur pada badan serta kesan luka melecur pada telinga, tangan, kaki dan badan mangsa kedua.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sementara itu, hasil semakan mendapati suspek lelaki mempunyai tiga kes jenayah lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan satu kes di bawah Seksyen 12(2) Akta yang sama.
Manakala suspek wanita mempunyai satu kes jenayah lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan satu kes di bawah Seksyen 12(2) Akta yang sama.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

