
Kota Kinabalu: Seorang suami dan isteri didenda sejumlah RM7,500 kerana mempunyai produk mengandungi racun tanpa permit untuk dijual dan produk tidak berdaftar.
Lee Teck Loong, 51, dan isterinya Tay Pek Sie, 43, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, atas pertuduhan terhadap mereka.
Lee didenda RM3,000, jika gagal membayar denda, penjara tiga bulan kerana mempunyai 18 produk mengandungi racun untuk dijual dan dia tiada sebarang permit untuk menjual racun tersebut.
Kesalahan berlaku jam 3.30 petang pada 13 April 2022 di Kedai Ubat Ria di Wisma Telipok Ria, Tuaran.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Antara racun yang dikesan dalam produk tersebut adalah Cloperistine, Cetirizene, dan Asid Mefenamic dan semua racun disenaraikan di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952.
Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 13(a) Akta Racun 1952.
Sementara itu, Tay atas pertuduhan pertama, diperintahkan membayar denda RM2,000 atau dua bulan penjara kerana mempunyai 10 Tablet Ibufen yang mengandungi racun Ibuprofen untuk dijual di tempat dan masa yang sama dengan suaminya.
Untuk pertuduhan kedua, dia didenda RM2,500 atau tiga bulan penjara kerana mempunyai satu kotak Lianhua Qingwen Jiaonang yang tidak didaftarkan kepada Kementerian Kesihatan, di tempat dan masa sama.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


