Suami isteri pempengaruh bebas reman! Bayar wang jaminan RM200,000

16 Jul 2024 • 8:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Suami isteri pempengaruh dan dua lagi individu yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 11 Julai lalu telah dibebaskan.

Menurut laporan Sinar Harian, kesemua suspek diperintahkan membayar wang jaminan sebanyak RM100,000 setiap seorang dengan RM20,000 perlu dibayar secara tunai dan baki RM80,000 tanpa cagaran masing-masing dengan seorang penjamin.

Suami isteri pempengaruh

image is not available

“Kesemua suspek juga perlu hadir ke pejabat SPRM sebulan sekali untuk melaporkan diri dan sekiranya diperlukan oleh pihak SPRM sehingga siasatan selesai,” katanya pada Selasa.

Terdahulu, SPRM telah menahan keempat-empat suspek ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, selepas dipercayai terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.

Sumber mendakwa pasangan suami isteri itu melakukan perbuatan terbabit sejak 2020 dengan menyeleweng kutipan derma yang tidak disalurkan dengan kaedah yang betul.

Suami isteri pempengaruh

image is not available

“Dianggarkan kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta dan pada masa yang sama, dua lagi suspek turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes yang sama,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim memberitahu kesemua suspek telah dibebaskan daripada tahanan reman.

image is not available

Sumber: Sinar Harian (Mohamad Hisyamuddin Ayub)