Suami isteri Pengasas e-Hati ‘Lesap’ Ke Luar Negara Sehari Sebelum Prosiding Mahkamah

LocalPolitics
14 Nov 2025 • 3:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pengasas motivasi kontroversi eHATI dan suaminya dipercayai melarikan diri ke luar negara sehari sebelum mereka sepatutnya hadir ke mahkamah bagi prosiding pertuduhan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata pihak polis telah mengenal pasti negara yang menjadi lokasi persembunyian pasangan berkenaan iaitu sebuah negara di Asia Tenggara.

Advertisement

image is not available

Menurut beliau, pasangan itu disyaki meninggalkan negara melalui laluan sah pada 13 Oktober, iaitu sehari sebelum pertuduhan dijadualkan pada 14 Oktober.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) percaya mereka telah larikan diri ke luar negara sebelum pertuduhan dilaksanakan.

Namun, kita telah kenal pasti ke negara mana mereka pergi dan PDRM akan berhubung dengan rakan strategik negara itu untuk membantu mengesan penama yang dikeluarkan waran tangkap ke atas mereka.

Mereka bergerak lebih awal sebelum waran dikeluarkan.

Tambah beliau, orang ramai diminta memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh.

Laporan Program Motivasi Didakwa Songsang

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan polis menerima aduan mengenai program motivasi rumah tangga eHATI yang didakwa menyimpang dan terpesong, berlangsung September tahun lalu di sebuah pusat konvensyen di Shah Alam.

image is not available

Susulan laporan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini menjalankan siasatan terperinci bagi memastikan kesahihan dakwaan tersebut.

Siasatan lanjut sedang diteruskan, dan perkembangan baharu dijangka diumumkan selepas tindakan lanjut oleh pihak berkuasa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-11-14 12:07:03

MCMC Menang Saman, Mahkamah Benarkan Penghakiman Ingkar Terhadap ‘Edisi Siasat’ & ‘Edisi Khas’

The post Suami isteri Pengasas e-Hati ‘Lesap’ Ke Luar Negara Sehari Sebelum Prosiding Mahkamah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.