
KOTA MARUDU: Sepasang suami-isteri melecur lebih 50 peratus selepas nekad meredah api untuk menyelamatkan diri dalam kebakaran rumah di Kampung Bombong 1, di sini pada Ahad lepas
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu, Rony Sikawan berkata, kedua-dua mangsa berumur 49 dan 45 tahun.
Dua lagi mangsa iaitu anak perempuan mereka berumur 18 tahun dan 9 tahun sempat menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

