Konflik dalam perkahwinan boleh timbul akibat perbezaan pandangan dan kurangnya komunikasi. Untuk mengatasinya, penting untuk berbicara secara terbuka, berempati dan mencari kompromi. Jika perlu, pertimbangkan bantuan kaunseling perkahwinan.
Semalam, tular luahan seorang individu tidak bernama yang disiarkan di X Mein Mokhtar yang mengucapkan terima kasih kepada stesen radio swasta, Era, yang menjadi ‘penyelamat’ kepada rumah tangganya.
Menurut individu berkenaan, dia dan isterinya terdahulu bertengkar sehingga membawa kepada hasrat untuk bercerai kerana merasakan masing-masing sudah tiada lagi persefahaman.
Bagaimanapun, hasrat itu terbatal selepas mendengar lagu-lagu yang dimainkan oleh stesen radio itu.
Main lagu apa semalam @ERAdotje? Selamat tak dengar hot fm. Kalau tak pagi tadi makan breakfast free pic.twitter.com/ilYborsQfN
“Saya cuma nak cakap, terima kasih kepada radio Era malam tadi, pukul 8.30 malam hingga 9 malam macam tu.
“Saya dalam perjalanan menghantar isteri ke kampung sebab kami baru lepas isi borang cerai.
“Kemudian, radio Era malam tadi mainkan lagu-lagu kenangan kami. Sekarang kami dah berbaik, tak jadi bercerai,” katanya.
Sementara itu, netizen menasihatkan pasangan berkenaan bertindak lebih matang di masa akan datang dan menjauhi perkataan cerai sama ada melafaz atau meminta diceraikan.

The post Suami isteri tak jadi cerai selepas dengar radio Era mainkan lagu kenangan mereka appeared first on The Reporter.
