Suami isteri terperangkap di dusun akibat banjir

8 Nov 2022 • 7:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bomba berjaya menyelamatkan sepasang suami isteri yang terperangkap di dusun mereka di Sungai Semungkis, Hulu Langat. Foto: Bomba Selangor

HULU LANGAT - Sepasang suami isteri terperangkap di dusun buah di Sungai Semungkis, di sini akibat banjir pada petang Selasa.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pasangan berusia 60-an dari Ampang itu bagaimanapun berjaya diselamatkan sepasukan anggota bomba dalam operasi kira-kira setengah jam.

"Hujan lebat menyebabkan air naik dengan cepat mengakibatkan pasangan itu terperangkap di rumah dusun mereka kira-kira jam 6.30 petang.

"Mangsa yang berjaya diselamatkan kini menumpang sementara di rumah jiran mereka dan akan pulang ke Ampang apabila keadaan selamat," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, hujan lebat dilaporkan telah berhenti di kawasan berkenaan.