“Suami Kata Padan Muka Saya..” – Wanita Hairan Asyik Cirit Birit Lepas Bergaduh, Rupanya Suami ‘Kantoi’ Ludah Dalam Minuman

18 Jan 2024 • 11:18 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila dia mendakwa telah diperlakukan sewenang-wenangnya serta menjijikkan oleh suaminya sendiri.

Luah wanita itu, suaminya ‘kantoi’ meludah dalam air minuman yang disediakan setiap kali mereka berdua bertelingkah atau bergaduh dalam rumah tangga.

Saya dengan suami saya dah setahun kahwin dan sepanjang kahwin ni memang lah ada bergaduh tapi tak pernah tinggi suara. Perangai dia, dia aka buatkan minuman untuk kami berdua lepas bergaduh.

Selalu sakit perut lepas bergaduh

Katanya lagi, setelah bergaduh, wanita itu akan mengalami cirit birit dan situasi itu membuatkan dia merasa hairan.

Rupanya selama ini dia ludah dalam air saya. Saya nampak semalam, dia kata ‘padan muka’ saya. Saya tak tahu macam mana nak respon. Saya faham ludah je pun tapi geli.

Netizen nasihat takut perbuatan sihir

Menjengah ke ruangan komen luahan tersebut, ramai warga maya tampil mengecam tindakan si suami yang pengotor selain menasihati wanita berkenaan untuk lebih berhati-hati dengan tindakan pasangannya itu selepas ini.

“Saya rasa suami awak ni tak normal, macam psiko. Jangan sampai tahap dia letak racun atau sihir sebab benda tu yang dia buat tu jijik gila. Tergamaknya dia nak balas dendam, awak tu isteri tau” komen seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 hours ago

"Baru Saja Bawak Keluar Pusat Jualan Dah..." - Lelaki Dakwa CR-V Baru Beli Dah Rosak, Honda Enggan Baiki?