“Suami Kepada Pelakon Jelita” – ‘Unbothered’ Dan ‘Helok’, Penampilan Terbaru Aiman Hakim Ridza Jadi Tumpuan

11 Jan 2024 • 10:21 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak beberapa hari yang lalu, nama pelakon Zahirah MacWilson dan suami, Aiman Hakim Ridza menjadi tumpuan dek kerana ‘keributan’ yang dicetuskan oleh aktres Fathia Latiff tempoh hari.

Meskipun kontroversi yang dicetuskan Fathia itu agak panas sehingga melibatkan rakan selebriti yang lain, pasangan suami isteri itu seolah-olah tidak mengambil kisah dan tetap meneruskan kehidupan masing-masing.

Tak peduli kontroversi

Terbaru, Aiman Hakim Ridza mencuri tumpuan peminat dan netizen di alam maya setelah dia tampil menjadi model untuk majalah Glam Lelaki terbitan Januari 2024.

Tampil segak dan tampan, pelakon dan model itu menuai pujian daripada netizen yang rata-ratanya memuji tentang sikap tidak ambil kisah mengenai apa yang terjadi beberapa hari ini.

Zahirah turut meninggalkan komen ‘love’

Malah, Zahirah turut meninggalkan komen emoji berbentuk ‘love’ atas hantaran terbaru suaminya itu.

Membuka tirai tahun baharu, GLAM Lelaki mempersembahkan hero Malaya, Aiman Hakim Ridza sebagai wajah pilihan untuk edisi digital Januari 2024. Suami kepada pelakon jelita Zahirah MacWilson ini mengumumkan bakal menimang anak kedua tidak lama lagi.

Netizen minta jangan layan

Menjengah ke ruangan komen, hampir kesemua netizen dan peminat ‘memetik’ nama Fathia dan meminta Aiman dan Zahirah untuk terus mengabaikan segala provokasi selain mendoakan agar rumah tangga Aiman dan Zahirah sentiasa dilindungi dan diberkati.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 hours ago

"Kalau I Mental I Dah Ada Di Hospital Tanjung Rambutan" - Fathia Latiff Nafi Alami Masalah Kesihatan Mental