“Suami Kita Kan Helokk” – Fazura Dedah Ada Pelakon Wanita ‘Try’ Menyondol Fattah Ketika Hamilkan Fatima Aisya

Entertainment
6 Jul 2023 • 6:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura berkongsi pengalaman berhadapan dengan insiden pelakon wanita yang cuba untuk mendekati suami kesayangan, Fattah Amin ketika berada di set penggambaran.

Kongsi Fazura, dia bersyukur dirinya bukan seorang yang kuat cemburu dan Fattah pula tidak melayan godaan pelakon wanita itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Katanya lagi, dia tidak pernah berbincang mengenai isu itu kerana mempercayai suaminya seratus peratus.

Faz seorang yang tak jeles sebab saya percaya suami saya. Alhamdulillah Fattah suami yang baik. Memang ada insiden sebelum, sebelum ada orang pernah mencuba-cuba mendekati Fattah. Tapi saya tak tanya pun kat Fattah.

Ujar pelakon filem Pisau Cukur ini, perkara tersebut disampaikan sendiri oleh kru penggambaran dan dia bersyukur Fattah tidak terperangkap dengan godaan aktres tersebut.

Ada satu insiden tu masa dekat premier filem pun, masa tu Faz tengah pregnant, pernah ada cubaan itu dan disaksikan oleh keluarga Faz sendiri. Tapi saya cool saja, saya takkan serang my husband sebab it takes two tango.

Terdahulu, Fazura memaklumkan bahawa dia dan Fattah sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua jika itu yang terbaik untuk keluarga kecil mereka.

image is not available 22 hours ago

"Menyesal Kerja Kat Situ" - Shuib Jawab Dakwaan Bubblebee Tempat 'Cuci Duit', Ditaja Freemason