Suami Lumpuh Strok, Isteri Hilang Kerja Rayu Bantuan Ringankan Beban

30 Aug 2022 • 9:29 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Suami Lumpuh Strok, Isteri Hilang Kerja Rayu Bantuan Ringankan Beban

Luluhnya hari seorang isteri apabila tunjang yang menjadi kekuatan keluarga kini tidak berdaya sama sekali apabila suaminya disahkan lumpuh separuh badan selepas terkena angin ahmar pada awal bulan ini.

Seperti yang dilaporkan Sinar Harian semalam, Mohd Hairol Yusof, 43, suami kepada Rozilawati Ismail, 42, terpaksa berhenti kerja sebagai pengutip buah sawit di Felda Bukit Goh, Kuantan selepas tahap kesihatannya kian merosot.

“Julai lalu, suami saya mengadu sukar untuk angkat tangan kiri ketika solat dan kami segera bawa dia ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

“Hasil pemeriksaan doktor, terdapat darah beku pada otaknya dan doktor segera melakukan pembedahan dua minggu lalu,” kata Rozilawati sewaktu ditemui di rumah pada Isnin lalu oleh Sinar Harian.

Tambah Rozilawati, sebelum ini Hairol juga pernah beberapa kali mengadu dirinya mengalami sakit kepala tetapi dia tidak terfikir bahawa perkara itu semakin parah.

Difahamkan, Rozilawati sebelum ini mencari rezeki menyara dengan bekerja sebagai pembantu kantin di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.

Bagaimanapun wanita itu akhirnya terpaksa membuat keputusan berhenti kerja demi untuk menjaga suaminya yang terlantar sakit di rumah.

image is not available
Gambar: Sinar Harian

Isteri buntu, tertekan

Difahamkan, tidak cukup hilang pendapatan kerana berhenti kerja, wang simpanannya pula kian surut sebab semuanya perlu digunakan untuk menguruskan keperluan suami.

Keadaan kewangan yang membebankan itu dipercayai mengakibatkan Rozilawati buntu dan tertekan hingga terpaksa berharap pada sumbangan ikhlas orang awam.

“Sumbangan orang ramai diharapkan bagi meringankan beban ditanggung terutamanya dalam pembelian susu khas dan lampin pakai buang.

“Saya perlukan hampir RM1,500 sebulan bagi membeli susu khas bagi menggantikan makanan dan lampin pakai buang.

“Sehari suami diberikan susu enam kali manakala lampin pula sebanyak empat keping,” maklumnya.

Difahamkan, anak kepada kedua-dua pasangan itu kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Terangganu (UMT).

Menurut Sinar Harian, bagi menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi, Rozilawati kini sedang dalam proses memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Zakat Pahang.

“Saya amat berharap ada individu prihatin dapat membantu meringankan beban dalam menguruskan suami saya,” katanya.

Sehubungan itu, bagi sesiapa yang bermurah hati untuk membantu, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 156226364921 atas nama Rozilawati atau terus menghubunginya di talian 011-10899937.

Sumber: Sinar Harian