
Suami Maut Kemalangan, Bawa Nota Cinta & Dalam Perjalanan Buat Kejutan Untuk Isteri
Seorang lelaki sedang dalam perjalanan bersama sekeping nota cinta untuk membuat kejutan kepada isterinya dilapor maut selepas terlibat dalam kemalangan motosikal di Ayuthaya, Thailand.
Menurut Bangkok Post, polis tempatan memaklumkan motosikal yang ditunggang mangsa berlanggar dengan sebuah trak di Jalan Rojana menuju ke Daerah Wang Noi, kira-kira 9.50 malam pada Rabu.
Mangsa yang dikenali sebagai Jatupol meninggal dunia di lokasi kejadian dan jasad ditemui berhampiran motosikalnya.
Pemeriksaan polis di lokasi kemalangan kemudian menemui sekeping nota bersama wang tunai berjumlah 81,000 Baht yang ditelakkan di bawah tempat duduk motosikal.
Pada nota berkenaan tertera tulisan tangan yang bermaksud, “Kita akan lalui semua ini bersama, isteriku”.
Polis Wang Noi kemudian mengesahkan bahawa pihaknya telah dihubungi isteri mangsa dan memberitahu bahawa suaminya dalam perjalanan ke Pracin Buri untuk bertemu dengannya.
Manakala wang tunai yang ditemui itu adalah duit simpanan yang mahu diserahkan kepada wanita tersebut.
Menurut Bangkok Post lagi, jasad lelaki berkenaan sudah dituntut oleh keluarganya dan nota serta wang tunai yang ditemui telah diserahkan kepada isteri mangsa.
Sumber: Bangkok Post
The post Suami Maut Kemalangan, Bawa Nota Cinta & Dalam Perjalanan Buat Kejutan Untuk Isteri appeared first on Siakap Keli.





