Suami Miera Liyana Beri Nafkah Isteri Pertama RM15,000 Sehingga RM20,000 Sebulan

9 May 2023 • 2:54 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
suami miera liyana

Di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini, suami Miera Liyana iaitu Rosland Othman menafikan dakwaan mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib.

Menurut Rosland, meskipun sedang melalui perbicaraan kes nusyuz, dia tetap menunaikan pesanan membeli barang dapur yang diminta.

Rosland yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Consolidated Industries Bhd milik syarikat Serba Dinamik mendakwa memberi nafkah antara RM15,000 sehingga RM20,000 sebulan.

InsyaAllah semuanya lengkap seperti ansuran rumah, bil elektrik, perbelanjaan persekolahan dan kad kredit juga diberi, tapi masih keluarkan kenyataan saya tidak bertanggungjawab.

Ujar Rosland, dia boleh menunjukkan apa bayaran yang diterima Adibah. Rosland juga mendakwa ada memberikan wang tunai tak termasuk perbelanjaan sekolah dan kenderaan sekolah anak.

image is not available

Sebelum ini, Rosland memfailkan nusyuz terhadap isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib mendakwa wanita itu keluar rumah tanpa keizinan pada 24 September 2021.

Selagi kes ini tidak selesai, sudah tentu daripada segi nafkah batin tidak dapat saya tunaikan. Saya dengan dia tidak ada persefahaman dan tidak ada persetujuan lagi bagaimana untuk teruskan, adalah agak sukar.

Kini, Rosland selaku plaintif sedang melalui kes nusyuz kerana Adibah didakwa tak lagi mengendahkan kata-katanya sebagai suami.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.