Suami Miera Liyana didakwa muflis, tidak dibenarkan keluar negara

LocalEntertainment
19 Jun 2025 • 8:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Suami kepada pelakon Miera Liyana, Rosland Othman didakwa telah diisytihar muflis dan kini tidak dibenarkan keluar dari negara.

Perkara itu didedahkan oleh aktivis wanita, Mona Din menerusi satu hantaran di Facebook, yang turut mengaitkan nama bekas isteri Rosland, Adibah Abd Mutalib.

“Rosland kini diisytihar muflis dan ditahan daripada keluar dari negara,” tulisnya ringkas.

image is not available

Suami Miera Liyana didakwa muflis

Dalam hantaran sama, Mona turut meluahkan rasa bangga terhadap Adibah atau mesra disapa Adeeb, kerana berjaya menunaikan umrah dan melancong ke luar negara hasil usaha sendiri selepas melalui pelbagai ujian hidup.

image is not available

“Adibah tidak pernah dibawa untuk menunaikan umrah tetapi dia akhirnya menjejakkan kaki ke tanah suci untuk menunaikan umrah di atas usahanya sendiri.
“Allah telah membawa Adibah banyak kali bercuti di luar negara dari syarikat yang disertainya.

“Terbaharu, Adibah dan anak-anaknya telah pergi bercuti ke Australia dengan hasil usahanya sendiri,” tambah Mona.

image is not available

Untuk rekod, Rosland menceraikan Adibah pada Ogos 2023 selepas 28 tahun mendirikan rumah tangga. Mereka dikurniakan lima cahaya mata berusia antara 11 hingga 26 tahun.

Pada 25 Julai 2020, Rosland berkahwin kali kedua bersama pelakon Miera Liyana dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

Sumber: FB Mona Din

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved