Suami orang hanya berseluar dalam dicekup bersama tukang urut

25 Aug 2026 • 10:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Suami orang hanya berseluar dalam dicekup bersama tukang urut
JAINJ mencekup seorang lelaki berstatus suami orang bersama tukang urut wanita warga asing di sebuah rumah urut di Bandar Penawar, Kota Tinggi

KOTA TINGGI - Seorang lelaki berstatus suami orang yang hanya memakai seluar dalam dicekup bersama tukang urut wanita warga asing di sebuah rumah urut di Bandar Penawar di sini jam 10.45 malam pada Ahad.

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menerusi kenyataan berkata, lelaki berusia 30-an itu ditemui sedang berbaring manakala wanita warga Indonesia berusia 30-an sedang duduk di sebelahnya.

Menurutnya, lelaki itu bekerja di daerah ini manakala wanita Indonesia itu menjadi tukang urut di premis berkenaan sejak empat bulan lalu.

“Lelaki itu tinggal bersendirian di daerah ini dengan menyewa sebuah bilik, sementara isteri dan anaknya berada di negeri lain yang mengambil masa kira-kira tiga jam perjalanan.

“Kebiasaanya, dia pulang seminggu sekali atau dua minggu sekali dan wanita warga asing itu merupakan tukang urut di situ,” katanya menerusi kenyataan.

Pemeriksaan di bilik itu menemui katil bujang bersama tilam dan cadar, pakaian lelaki berkenaan serta beberapa botol kecil berisi minyak urut.

JAINJ berkata, premis berkenaan disyaki menerima pelanggan melalui hebahan promosi di beberapa aplikasi selain pelanggan tetap yang datang secara terus.

“Bayaran urutan biasa dikenakan RM80 bagi tempoh sejam manakala ada bayaran tambahan bagi perkhidmatan lain,” ulasnya.

Bagaimanapun, lelaki itu hadir untuk mendapatkan urutan biasa kerana lenguh badan disebabkan kerja dan menafikan untuk perkhidmatan tambahan.

Mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor dan akan didakwa di Mahkamah Syariah untuk tindakan lanjut.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved