
SEMPORNA: Seorang lelaki sanggup meninggalkan isterinya ketika serbuan dadah oleh polis di sebuah rumah di Kampung Sejati 2, di sini, pada Rabu.
Dadah yang dirampas dianggarkan seberat lebih satu kilogram dengan nilai anggaran RM34,755.50.
Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah Datuk Abdul Rani Alias berkata, berdasarkan risikan, sepasukan anggota PGA menyerbu sebuah rumah setinggan di kawasan berkenaan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Dalam operasi jam 7 pagi itu, lelaki terbabit meloloskan diri melalui tingkap dapur manakala isterinya ditahan untuk siasatan lanjut.
“Semasa serbuan, pasukan operasi menemui beberapa paket plastik mengandungi bahan disyaki syabu yang disembunyikan di antara dinding dan almari di dalam rumah terbabit,” katanya.
Ujian air kencing yang dilakukan terhadap wanita itu mendapati dia negatif dadah.
Menurutnya, suspek dan barang rampasan telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Semporna dan siasatan dijalankan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952. Abdul Rani menambah, usaha mengesan lelaki yang melarikan diri semasa operasi masih dijalankan.




