Suami Tergamak Tanam Isteri Hidup-Hidup, Ini Sebabnya!

5 Feb 2025 • 2:50 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Lelaki Tanam Isteri

Satu kejadian tragis menggemparkan penduduk Aceh, Indonesia apabila suami tergamak menanam isterinya hidup-hidup selepas pertengkaran berpanjangan.

Menurut laporan Sinar Harian, insiden kejam ini melibatkan seorang wanita Indonesia yang mayatnya ditemui di sebuah kebun kopi milik suaminya.

Pergaduhan bertukar tragedi ngeri

image is not available

Jurucakap pihak berkuasa, AKBP Tuschad Cipta Herdani memaklumkan bahawa mayat mangsa ditemui pada Khamis lalu selepas pihak polis menahan Edi.

Siasatan awal mendapati pasangan ini terlibat dalam pergaduhan mulut selama beberapa jam di rumah keluarga suspek sebelum pelaku bertindak kejam menggali lubang dan menanam isterinya hidup-hidup.

Kejadian itu dilaporkan berlaku jauh dari kawasan penempatan penduduk kampung, namun seorang saksi sempat mendengar teriakan mangsa meminta ampun.

Dendam yang melampau

image is not available

Menurut AKBP Tuschad Cipta Herdani, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui sama ada mangsa sudah meninggal dunia ketika dimasukkan ke dalam tong sebelum ditanam.

Keputusan autopsi dijangka memberikan penjelasan lebih lanjut mengenai punca kematian.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


The post

appeared first on

.