Suami terkejut, Ayda Jebat nak masak di dapur – “Demam ke?”

EntertainmentFamily & Parenting
28 Oct 2025 • 9:55 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat menjadi tumpuan ramai apabila berkongsi perihal lucu dalam rumah tangganya bersama suami, Nabil Mahir.

Menerusi perkongsian di Threads, Ayda memberitahu dia cuba memasak buat suaminya biarpun dari awal perkahwinan sudah menjelaskan kepada Nabil bahawa dirinya tidak mahir mengerjakan urusan di dapur.

Nak masak di dapur

image is not available

“Sebelum kahwin, saya dah beritahu Nabil yang saya tak pandai masak. Dia cakap it’s okay, tak perlu masak.

“Ibu saya pun tak masak. Sekarang kita dah tinggal rumah sendiri, bila saya masuk dapur nak cuba main masak masak. Dia jeling tepi kuali macam ‘demam ke bini aku ni’ bila dah siap, suruh dia makan, dia makan. Dia cakap ‘Sedap sedap sedap..’ tapi reaction muka dia berubah,” ciapan Ayda, hari ini.

Pelantun lagu Temberang itu turut bertanyakan pendapat peminatnya sama ada hasrat untuk menyediakan masakan buat keluarga kecilnya itu perlu diteruskan atau diserahkan sahaja kepada pembantu rumah.

image is not available

“Adakah saya perlu teruskan usaha memasak ini? Atau lupakan saja biar tukang masak yang masak, beli dan makan luar,” soalnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi balas warganet dan rata-ratanya terhibur dengan perkongsian lucu Ayda malah memberikan sokongan untuk dirinya terus bersemangat belajar memasak buat keluarga kecilnya.

Jangan putus asa

image is not available

Teruskan memasak

image is not available

Lama-lama mesti mahir

image is not available

Untuk rekod, Ayda Jebat mendirikan rumah tangga bersama Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ana Nayla, dan Aali Mateen.

Sumber: Threads aydajebat