Suami Terkilan Hanya Dapat 2 Hari Cuti Dan Lihat Isteri Kaku Di Sisi Anak Selepas 4 Hari Bersalin

Family & Parenting
1 Jun 2023 • 12:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Suami mana yang tak sayangkan isterinya, lagi-lagi ketika wanita itu sudah pertaruhkan nyawa mereka untuk lahirkan anak kita. Sayu sebenarnya dengan luahan seorang suami dari Sabah yang terpaksa melihat isteri tercinta meninggal kaku selepas 4 hari melahirkan anak pertama mereka.

Si suami yang dikenali sebagai Exly Jailon meluahkan segalanya dia Facebook dan menyatakan dia hanya diberikan 2 hari cuti paterniti atau cuti khas suami ketika isteri bersalin berbanding 7 hari seperti di Semenanjung.

Tak boleh bayangkan perasaan suami yang penat dan balik-balik kerja lihat isteri dah kaku di sisi anak…

Exly Jailon turut menyifatkan majikannya tiada sifat empati kerana tetap mengarahnya untuk datang bekerja walaupun mendian isteri bersalin.

image is not available

Kamu boleh bayangkan balik-balik dari kerja, isteri sudah tidak bernyawa. Anak yang baru lahir dalam usia empat hari menangis tidak dapat menyusu disamping ibu dia yang sudah berbaring berkeras tidak bernyawa!

Ketika isteri saya bersalin, kamu (majikan) suruh juga datang kerja. Bila isteri saya meninggal baru kamu senang-senang cakap kami turut bersedih dgn pemergian isteri kamu.

Kamu telefon bah. Cakap saja bagi cuti tanpa gaji saya boleh terima.. saya ni terpaksa kerja bah gara-gara komitmen kerja. Saya balik kerja, isteri sudah tidak bernyawa.

image is not available

image is not available

Bayar berapa banyak sekalipun tidak akan dapat hidupkan isterinya semula…

image is not available

Minta pihak berwajib kaji semula hak pekerja di Sabah..

Dalam pada itu, seorang lagi individu dikenali sebagai Harayanie Haraa tampil meminta pihak berwajib untuk mengambil kejadian ini sebagai iktibar. Dia turut mendedahkan suami ini diminta untuk tidak menyalahkan pihak syarikat tentang kejadian yang menimpa isterinya.

image is not available

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.