Suami Tetak Isteri Selepas Minta Cerai

9 Apr 2024 • 2:33 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
suami

Mungkin esok atau lusa kita akan menyambut hari raya tapi masih ada berita yang kurang sedap untuk kita dengar berlaku. Kejadian dilaporkan di Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu di mana seorang lelaki telah menetak isterinya menggunakan parang.

Kejadian berlaku pada hari Ahad lepas di mana mangsa ditetak selepas meminta cerai kepada suaminya yang juga seorang buruh.

Berlaku pertelingkahan antara mereka dan mangsa ketika itu dikatakan ada meminta cerai daripada suspek.

Berang dengan permintaan isterinya, suspek mengambil objek panjang dipercayai sebilah parang dan menetak bahagian kepala mangsa. – Kata Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir.

Mangsa yang juga bekerja sebagai tukang masak di kantin sebuah sekolah itu kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan menerima 10 jahitan.

Suspek kini sedang giat dikesan selepas melarikan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved