Suami Zahnita Wilson Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Cederakan Isteri

LocalEntertainment
5 Dec 2024 • 1:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
zahnita

Suami kepada pelakon dan model Zahnita Wilson iaitu Abdul Zackery Ghouse Abd Gafoor, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan mencederakan isterinya.

Lelaki berusia 46 tahun itu membuat pengakuan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman pagi tadi.

Kes penyalahgunaan dadah turut disebut

image is not available

Dalam satu prosiding berasingan, Abdul Zackery juga didakwa atas kes penyalahgunaan dadah.

Namun, tiada pengakuan direkodkan ketika dia dihadapkan ke hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.

Zahnita Dedah Mata Lebam di Instagram

image is not available

Pada Isnin lalu, Zahnita mengejutkan ramai apabila berkongsi foto matanya yang lebam di Instagram. Pelakon berusia 39 tahun itu mengakui kepada mStar bahawa kecederaan tersebut berpunca daripada tindakan suaminya.

#OhmediaNasihat

Rumah tangga memerlukan komunikasi, kepercayaan, dan hormat. Jika berlaku keganasan atau ketidaksetiaan, bertindaklah dengan bijak demi keselamatan diri dan anak-anak. Jangan takut untuk mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa atau ahli keluarga.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar