
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bagi mana-mana individu yang dilahirkan pada tahun 70-an sehingga 90-an tak dinafikan kita semua membesar dengan menonton filem lama karya seniman Tan Sri P. Ramlee.
Malah lakonannya bersama pelakon lain seperti arwah Aziz Satar, AR Tompel, S. Shamsuddin dan banyak lagi sentiasa menjadi hiburan buat orang ramai.
Bukan sahaja filem yang ditayangkan lucu malah ia juga membawa pelbagai teladan serta ikutan orang ramai.
Lelaki tiru gaya lakonan seperti arwah S. Shamsuddin
Baru-baru ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai Kelvin Ray telah menarik perhatian ramai apabila dilihat turut meniru gaya lakonan dan dialog S. Shamsuddin dalam videonya.
Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan Kelvin sedang berkumpul bersama rakan atau keluarganya. Dia kemudian diminta untuk meniru aksi lakonan S. Shamsuddin yang sebelum ini sering dilakukannya.
Kelvin lalu memainkan salah satu babak dalam filem Pendekar Bujang Lapok yang memaparkan Sudin menunjukkan kemahirannya bercakap Bahasa Arab sewaktu membaca surat.
Kelihatan Kelvin meniru gaya lakonan itu persis seperti apa yang dilakukan oleh Sudin dalam filem berkenaan.
jangan depan camera saja berlakon Cuba buat depan² ,Ada berani Ka?…meh sini🤭…TQ camera men Kita @gllvrthms_ …teman² @gid_yon @fredcatsfm @kuju
Turut ada wajah yang mirip dengan pelakon S. Shamsuddin
Apa yang menarik perhatian ramai, Kelvin turut mempunyai wajah yang seiras dengan pelakon hebat berkenaan.
Malah aksinya meniru gaya pelakon itu turut membuatkan rakan dan juga ahli keluarga yang berada di sekeliling terhibur dengannya.
Dalam beberapa lagi video yang dikongsikan, Kelvin yang dipercayai berasal dari Sarawak dilihat sering meniru aksi pelakon S. Shamsuddin dalam beberapa lagi babak lain.
Malah dia juga ada menyertai tribute P. Ramlee di Melaka dan tampil sebagai watak Sudin.
part 2 suddin jadi makanik motor😂#bujanglapok #suddin #palakakikdik
best la org melaka🔥 sampai macam Tu skali ye kacau ana Dipentas panggil² sudin🤣 suara korang bikin ana confident Dan semangat untuk lontarkan hiburan kepada entey semua🙏🏻🤗@P.Radhi @Hafis_auto @Mohd Ismail Ahmad Napsu #bujanglapok #2024 #alibaba #sudin #ajis #pramlee
ini macam mau mamp*s kena garu² dulu😆 trima kasih sudah garukan hah @P.Radhi #palakakikdik #bujanglapok #alibaba
apa da korang ana mau tukar seluar pun mau tengok Ka 🤌#palakakikdik #sudin #bujanglapok
Ramai terhibur, sifatkan suara juga sama dengan pelakon lagenda
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat pemuda ini, dan teruja kerana dia menghafal setiap dialog Sudin dalam filem berkenaan.
Tidak kurang juga ada yang menyifatkan Kelvin tidak hanya berbakat meniru malah suaranya juga dikatakan mirip arwah pelakon Sudin.
“Dah cakap dah dia ni lah klon Shamsuddin sebenarnya.”

“Sebiji macam Pak Sudin”

“Lawak orang dulu, banyak kali hafal pun tetap masih lawak.”

“Boleh pergi jauh ni, teruskan usaha memartabatkan dialog filem lama.”


![Rider Foodpanda Dipuji, Pantas Bantu Penunggang Motosikal Wanita Jatuh Atas Jalan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
![“Kali Ini Cameraman Tak Selamat” – Jurufoto Tergelincir Di Majlis Akad Nikah Undang Pelbagai Reaksi [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
![“Bos Kiriman Tuhan” – Christy Ng Dipuji Sediakan Ruangan Solat Selesa Buat Staf Muslim [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/opinion.jpeg)
