Suara Unik Pukau Juri ‘Sing Asia’, Jessie J Puji Persembahan Amsyar Lee ‘Menakjubkan’ – “Awak Ada Aura Freddie Mercury”

LocalEntertainment
26 May 2025 • 4:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Persembahan pertama penyanyi Amsyar Lee di pentas Sing Asia baru-baru ini telah memukau barisan juri profesional selepas dia membawakan lagu Cinta nyanyian asal Marsha.

Dalam episod tersebut, nyanyian Amsyar memukau juri antarabangsa, Jessie J yang menyifatkan suaranya sangat menakjubkan.

Saya rasa ia sangat menakjubkan, tapi kalau boleh saya nak awak bergerak kerana nampak kaku di atas pentas. Saya sangat suka Malaysia.

image is not available

Jessie J turut memberikan pendapat agar Amsyar menggunakan pentas yang luas itu dan tunjukkan’kuasa’ dan bakat dimiliknya malah turut berkata penyanyi itu mempunyai aura ala-ala Freddie Mercury.

Dalam pada itu, para juri yang lain pula menyifatkan Amsyar mempunyai suara yang unik dan menyamakannya dengan penyanyi dari China, Zhou Shen.

Persembahan Amsyar telah berjaya mengalahkan pencabar terdekatnya iaitu Yang Run Ze dengan 20 undian.

Sementara itu, di media sosial pula ramai memuji vokal Amsyar yang berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan baik. Ada juga yang berkata makin ramai sudah boleh menerima vokal unik dimiliki Amsyar itu.

Difahamkan, Amsyar telah melalui proses saringan secara tertutup dan dipilih oleh pihak produksi Sinng Asia kerana merasakan suaranya unik.

Sekadar info, Sing Asia adalah sebuah program nyanyian bertujuan untuk mencari dan mengasak bakat penyanyi muda di Asia.

Program tersebut unik dan lain daripada lain kerana diadakan di atas kapal persiaran mewah yang akan berlayar di Okinawa (Jepun), Ha Long Bay (Vietnam), Singapura dan Klang sebelum kembali ke Hong Kong.

image is not available 3 months ago

"Sekurangnya Dia Boleh Menyanyi Nak Dibandingkan Dengan Madonna, Aina Abdul Punya Bakat Besar" - Khadijah Ibrahim