Suasana sayu mesyuarat kabinet, KSN kongsi gambar tempat Salahuddin

25 Jul 2023 • 1:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Zuki (gambar kecil) berkongsi gambar tempat Allahyarham Salahuddin di laman Facebooknya ketika mesyuarat kabinet pada Selasa.

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menyifatkan suasana mesyuarat kabinet berlangsung pada pagi Selasa berbeza berbanding kebiasaannya.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, beliau berkata, kekosongan kerusi ditinggalkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub menimbulkan rasa sayu.

Mohd Zuki turut memuat naik sekeping gambar tempat yang diduduki oleh Salahuddin sebelum ini.

"Meskipun beliau telah tiada, semangat dan komitmen dalam menggalas tugas sebagai anggota kabinet khususnya dalam menangani isu kos sara hidup rakyat akan diteruskan dan diperjuangkan sehingga agenda kerajaan tercapai," tulisnya pada Selasa.

Salahuddin, 61, menghembuskan nafas terakhir pada 9.23 malam Ahad di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.

Beliau sebelum ini dikejarkan ke wad kecemasan HSB kira-kira jam 10.15 malam Jumaat dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.

View Original Article