Subaru BRZ Purple Edition, Hanya 500 Dijual Di Amerika Utara

LocalCars
24 Oct 2024 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Hanya 500 unit Subaru BRZ Seres Purple Edition ditawarkan untuk pasaran Amerika Utara, baru-baru ini.

Dengan warna badan yang cukup memukau, ia juga dipadan dengan rim aloi 18 inci dalam warna perak satin dan menggunakan tayar jenis Michelin Pilot Sport 4.

Menjengah bahagian kabinnya pula, kesemua tempat duduknya hadir dengan jahitan berwarna kelabu manakala tempat duduknya hadir dalam dua warna iaitu hitam dan kelabu.

image is not availableimage is not available

Antara kelengkapan lain ialah cermin sisi dengan pemanas, sistem audio dengan amplifier dua saluran dan tambahan dua pembesar suara.

Untuk makluman, Subaru BRZ ini dilengkapi dengan enjin 2.4 liter Boxer dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 228 hp dan tork 250Nm.

image is not available

Apa yang cukup menarik ialah, edisi terhad ini hanya hadir dengan kotak gear manual enam kelajuan.

Selain itu, Subaru edisi terhad ini juga hadir dengan pengesan titik buta bantuan kekal lorong dan amaran lintasan trafik Belakang.

image is not available

Buat masa ini, Subaru BRZ Purple Edition ini hanya di jual di pasaran Amerika Utara dimana harganya adalah sekitar AS$36,615 (aRM159,352) .

View Original Article