Subaru BRZ & WRX Kuala Lumpur Editions Didedahkan – Dijual Semasa Acara TASKL 2024 Pada 8-10 Nov Ini

LocalCars
4 Nov 2024 • 12:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengedar rasmi kenderaan Subaru di Malaysia, TC Subaru Sdn Bhd, bakal membuat kemunculan di acara Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2024 yang akan berlangsung dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Antara yang akan dipertontonkan adalah dua model edisi khas iaitu Subaru BRZ dan WRX Kuala Lumpur Editions.

Livery Bertemakan Seni Klasik Malaysia

image is not availableimage is not available

Dalam usaha menyemarakkan seni tradisional Malaysia, kedua-dua model BRZ dan WRX Kuala Lumpur Editions ini hadir dengan livery khas bertemakan songket tradisional Malaysia, disertakan dengan corak geometri unik. Livery ini turut memaparkan bunga raya, lambang kebanggaan negara, yang jelas kelihatan pada kedua-dua sisi jentera. Sentuhan ini bukan sahaja memberi nafas baharu yang unik kepada model Subaru tetapi juga menjadi daya tarikan visual kepada peminat automotif yang menghadiri TASKL 2024.

Kolaborasi Fesyen dengan Pestle & Mortar Clothing (PMC)

image is not availableimage is not available

Melengkapkan keunikan kedua-dua model ini ialah koleksi pakaian streetwear eksklusif sempena TASKL 2024. Koleksi yang dihasilkan dengan kerjasama jenama fesyen tempatan, Pestle & Mortar Clothing (PMC) ini menggabungkan unsur budaya jalanan dari Jepun dan Malaysia, dengan model BRZ dan WRX sebagai inspirasi utama.

Cabaran Litar Sepang dengan Catatan Masa yang Mengagumkan

Selain persediaan untuk TASKL 2024, TC Subaru juga baru-baru ini menganjurkan cabaran time attack di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan sokongan TD Racing. Pelumba profesional, Freddie Ang, memandu BRZ dengan sistem transmisi manual enam kelajuan dan berjaya mencatatkan yang mengagumkan iaitu 2:42:211 minit, manakala WRX dengan transmisi automatik CVT mencatat masa 2:43:472 minit di litar SIC.

TASKL 2024

image is not availableimage is not available

Subaru BRZ dan WRX Kuala Lumpur Editions ini bakal dipamerkan di acara TASKL 2024 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) dari 8 hingga 10 November 2024. Lebih menarik, kedua-dua model ini juga akan ditawarkan untuk pembelian semasa acara tersebut. Buat masa ini, TC Subaru belum mengumumkan harganya. Sebagai rujukan, harga Subaru BRZ di Malaysia kini bermula daripada RM268,500 bagi varian 6MT dan 6AT, manakala WRX dijual pada harga RM289,500.

image is not available