Subsidi bersasar dilaksana bila keadaan ekonomi mengizinkan

Politics
9 Aug 2022 • 6:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR - Keputusan memperkenalkan subsidi bersasar hanya akan dibuat setelah keadaan ekonomi mengizinkan iaitu apabila kadar inflasi dapat dikawal dengan baik, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Beliau berkata, masih terlalu awal untuk membuat keputusan memperkenalkan subsidi bersasar melalui Bajet 2023 akan datang kerana ia tidak wajar dilaksanakan dalam keadaan inflasi global yang tinggi. "Pada masa sama kita juga perlu memahami bahawa subsidi tidak bersasar dalam jangka masa panjang tidak akan membawa faedah kepada pertumbuhan ekonomi negara. "Kita masih lagi dalam proses pemulihan dan perkara ini perlu dibawa ke Jemaah Menteri untuk dibincangkan sama ada subsidi bersasar akan diperkenalkan dalam Bajet 2023 ini," katanya menerusi program bual bicara Inklusif di RTM, pada Isnin. Beliau berkata, sekiranya pada 2023 keadaan ekonomi mengizinkan, konflik geopolitik dunia yang semakin reda serta pertumbuhan ekonomi negara yang stabil, satu pembaharuan struktur akan dibuat bagi membantu golongan rentan. "Melalui pembaharuan struktur ini, kita akan memperkenalkan polisi baharu yang boleh menolong golongan yang betul-betul memerlukan dan tidak terlalu menyeluruh," tambahnya. - Bernama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved