Subsidi Bersasar RON95: Semuanya Bergantung Pada Ekonomi Semasa

LocalPolitics
13 May 2025 • 2:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, kerajaan akan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dalam membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaan subsidi bersasar RON95.

Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib. Beliau mengakui pelaksanaan perlu melalui pertimbangan teliti di peringkat Kabinet, termasuk mengambil maklum balas daripada kementerian berkaitan.

image is not available

"Sejujurnya, saya tidak tahu dari segi maklumat terkini, tetapi kita mesti sebagai tanggungjawab kerajaan melihat juga keadaan ekonomi. Kita perlu melihatkan keadaan ekonomi dan dari segi apa yang akan dicadangkan akan dibentangkan di bahagian Kabinet dulu.

"Kabinet akan melihat melalui maklum balas setiap kementerian bersesuaian atau tidak untuk melaksanakan atau pun tidak," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada pelaksanaan subsidi bersasar RON95 yang dijadualkan dilaksanakan pertengahan tahun ini berkemungkinan ditangguhkan.

Dalam pengumuman Belanjawan 2025 Oktober tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved